fbpx

Bapa Ebit Lew meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto kenangan Ebit bersama bapanya, Ibrahim Lew.

PETALING JAYA – Bapa kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, Ibrahim Lew meninggal dunia sebentar tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ebit berkata, jenazah bapanya masih berada di Hospital Gleneagles dan akan di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi dan dikafankan.

Ebit berkata, jenazah bapanya itu akan di bawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia, ya Allah beratnya rasa ujian ini, i love you bapak.

“Bapak pergi dulu, nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak, sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

“Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana, letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik, terima kasih pinjamkan dirinya untukku,” katanya pada hantaran di Facebook sebentar tadi.

Pada masa sama, Ebit meminta orang ramai berdoa kepada jenazah bapanya dan menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI