PETALING JAYA – Pihak sukarelawan Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan telah menerima bantuan pakaian yang mencukupi susulan penyebaran mesej permohonan sumbangan pakaian untuk kanak-kanak yang ditularkan melalui pelbagai saluran media sosial sejak semalam.
Jurucakap sukarelawan IJN yang hanya ingin dikenali sebagai Norin itu berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang menyokong usaha tersebut.
“Terima kasih kami sudah menerima apa yang kami perlukan. Terima kasih sekali lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Terdahulu dalam mesej tersebut sukarelawan berkenaan meminta pakaian terutama yang mempunyai butang di bahagian hadapan untuk kanak-kanak berusia dua hingga lima tahun yang dirawat di wad kanak-kanak IJN.
“Memandangkan kedai-kedai pakaian tutup kami tidak dapat membeli dan membekalkan baju keperluan pesakit kanak-kanak ini yang berasal dari Sabah, Sarawak dan luar daerah.
“Ibu atau penjaga mereka yang kurang berkemampuan memerlukan pakaian anak-anak terutama selepas pembedahan atau semasa rawatan di wad,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929