fbpx

7 pekerja dijangkiti dua varian serentak di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kain rentang amaran dilarang masuk dinaikkan di premis tempat tinggal pekerja binaan Thailand dan Myanmar di daerah Laksi, Bangkok pada 28 Jun lalu. - AFP

BANGKOK –  Sebanyak tujuh pekerja di sebuah tapak pembinaan di Thailand disyaki dijangkiti dua varian Covid-19 secara serentak,, demikian menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Awam.

Ujian saringan  di  tapak pembinaan di Bangkok itu menunjukkan mereka dijangkiti oleh varian Alpha dan Delta yang masing-masing pertama kali dijumpai di England dan India, lapor akhbar Bangkok Post semalam. 

Ketua Jabatan Sains Perubatan Thailand, Dr. Supakit Sirilak mengumumkan hal tersebut semasa taklimat harian kementerian.

Meskipun dijangkiti dua varian serentak, kesemua pesakit dilaporkan stabil dan tidak mengalami gejala membimbangkan.

Tambah beliau, jangkitan dua varian serentak tidak bermaksud gejala pesakit akan menjadi lebih serius berbanding mereka yang mendapat varian tunggal.

“Bagaimanapun, kemunculan lebih banyak kes seperti ini boleh menyebabkan situasi hibrid (kacukan) dan akhirnya akan membawa kepada kewujudan varian baharu.

“Itu adalah perkara yang ingin kita elakkan,” tegas Supakit. 

Seramai 1,737 pekerja menjadi ujian saringan Covid-19 di tapak pembinaan berkenaan, manakala 1,327 disahkan positif. 

Dalam kalangan mereka yang positif, sejumlah  23.3 peratus dijangkiti  varian Alpha dan 73.7% varian  Delta. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI