fbpx

24.9 tan serbuk susu skim ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Susu skim dirampas Maqis

JOHOR BAHRU – Satu kontena mengandungi serbuk susu skim (skimmed milk powder) bernilai RM304,583.50 ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini semalam.

Maqis Johor dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap kontena berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

Jelas kenyataan tersebut, produk susu seberat 24.9 tan itu dibawa masuk dari Amerika Syarikat.

“Hasil pemeriksaan mendapati nombor yang dinyatakan di dalam sijil kesihatan yang diikrar serta pada label bungkusan adalah berbeza.

“Sehubungan itu, kesemua 997 beg ‘skimmed milk powder’ yang bernilai RM 304,583.50 itu ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI