fbpx

Tentera rempuh dapur rumah selepas payung terjun gagal dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera yang tidak dinamakan itu merempuh bumbung sebuah kediaman sebelum terjatuh ke bahagian dapur. - The Sun

ATASCADERO, California –  Seorang anggota tentera Britain jatuh menghempap bumbung dapur sebuah kediaman apabila payung terjunnya gagal terbuka sepenuhnya dalam satu latihan tentera, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Lelaki itu terjun dari sebuah pesawat pada ketinggian lebih 15,000 kaki dalam terjunan dipanggil sebagai ‘Halo’ yang dilakukan oleh unit komando Perkhidmatan Khas Udara (SAS) dan Perkhidmatan Khas Bot (SBS) untuk masuk ke kawasan musuh.

Payung terjun tentera itu bagaimanapun gagal terbuka sepenuhnya. Impak insiden tersebut menyebabkan bumbung kediaman jenis banglo itu berlubang.

Anggota tentera yang memakai seragam Unit Tindakan Khas Britain itu kemudian jatuh ke lantai dapur. 

Pemilik kediaman tiada di rumah semasa kejadian kira-kira pukul 4.55 petang (waktu tempatan) kelmarin.

“Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan sedar namun terkejut selain mengadu sakit badan. Tiada kecederaan serius dilaporkan,” kata polis.

Polis berkata, kesemua anggota tentera yang mengambil bahagian dalam latihan tersebut berjaya mendarat dengan selamat di tapak pendaratan.

“Kami bersyukur kerana anggota tentera itu hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada individu lain yang cedera akibat insiden itu,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI