fbpx

Suara solidariti selebriti untuk #JusticeForBella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI selebriti tanah air mengangkat tangan menyokong kempen #Justice4Bella.

PETALING JAYA – Kejadian menyayat hati yang menimpa seorang anak istimewa kurang upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella bukan sahaja mengundang amarah netizen, bahkan turut mendapat perhatian ramai selebriti tanah air.

Rata-ratanya meluahkan kekesalan dan kesedihan atas apa yang berlaku terhadap remaja berusia 13 tahun itu yang dipercayai didera pengasuhnya di sebuah pusat asuhan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Ramai selebriti tampil bersuara tentang isu penderaan Bella dan mahu pelakunya diheret ke muka pengadilan demi keadilan untuk si remaja malang itu.

Pelakon Abby Abadi menerusi hantaran dalam Instagramnya menulis kronologi kisah Bella sebelum remaja itu dibawa masuk tinggal di rumah asuhan berkenaan sehinggalah waktu dia dipercayai didera di sana.

Ketika usia tujuh tahun, Bella dijaga dengan baik di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan sebelum tahun lalu dia bertemu dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang mahu menjaga remaja itu di Mahkamah Kanak-kanak.

“Lihat sahaja dua paparan gambar yang saya sertakan ini. Wajah yang penuh keceriaan akhirnya bertukar menjadi kemurungan, trauma, keliru serta takut. Badannya penuh kesan dengan kesan parut, tangan kanan dan kiri punyai luka dan kudis yang besar.

“Bella dipercayai telah didera. Siapa yang menderanya? Masih dalam siasatan pihak polis. Laporan polis telah dibuat pada 24 Jun. Hari ini 12 Julai, hampir tiga minggu selepas laporan dibuat. Khabarnya, Siti Bainun telah ditahan pada 6 Julai. Tapi segala hasil siasatan belum diketahui, sunyi sepi,” tulisnya panjang lebar.

Solidariti untuk Bella turut disokong artis lain seperti Nad Zainal yang nyata terkesan emosi apabila mengetahui tentang penderaan dialami Bella.

“Keadilan untuk Bella. Luka teruk tak dirawat. Terkena jangkitan Covid-19 tapi tak dapatkan rawatan, teraniaya. Apalah nasib insan istimewa ini jatuh ke tangan manusia tak berhati perut. Tolong viralkan #justiceforbella,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Beberapa hari lalu, tiga selebriti popular iaitu Erra Fazira, Sharnaaz Ahmad dan Betty Banafe tampil menuntut keadilan untuk Bella dan mahu individu bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.

Desakan tersebut dibuat menerusi sesi bual bicara Facebook Live yang dikendalikan Bettu menerusi Facebook rasminya pada 8 Julai lalu anjuran Gerakan Artis Prihatin.

Erra mengakui terkejut menonton video tular membabitkan Bella kerana kecederaan dialaminya sangat teruk.

“Saya bersyukur ada pihak menularkan cerita tentang Bella. Saya dimaklumkan kes ini sedang disiasat polis dan harap ada pembelaan,” katanya.

Pada masa sama, Betty mengakui kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang diamanahkan menjaga remaja yatim piatu itu.

“Pembelaan ini wajar diteruskan. Kalau bukan kita, siapa lagi nak bantu dia? Kita kena bersatu hati menuntut siasatan terhadap kes ini diteruskan dan membawa individu melakukan perbuatan keji tersebut ke muka pengadilan,” ujarnya.

Minggu lalu, sebuah video berdurasi 1 minit 31 saat dimuat naik seorang aktivis sosial, Mona Din tular dalam media sosial memaparkan Bella ditemui dengan kesan melecur dan bernanah teruk pada dada, tangan, leher dan paha. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI