fbpx

Sarawak beralih ke Fasa 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sarawak akan beralih ke Fasa 2 berkuat kuasa pada 14 Julai ini selepas mencapai nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sarawak daripada Fasa 1 ke Fasa 2.

“Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan telah menampakkan impak positif di beberapa negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Perlis, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah yang kini telah berjaya melangkah dari fasa 1 ke fasa 2.

“Setelah semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) meneliti nilai-nilai ambang, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sarawak berkuat kuasa mulai 14 Julai nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang telah ditetapkan bagi Fasa 2 boleh dirujuk di laman sesawang MKN di
www.mkn.gov.my. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI