fbpx

Rezeki pokok durian usia 100 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Bakar dan isterinya, Rohana Arifin menunjukkan buah durian daripada pokok berusia lebih 100 tahun di Temerloh, Pahang semalam.

TEMERLOH – Dua batang pokok durian berusia lebih 100 tahun di Kampung Jenderak di sini yang sentiasa berbuah lebat pada setiap musim menjadi tumpuan penduduk dan penggemar raja buah termasuk dari daerah lain.

Pokok bersaiz empat pemeluk orang dewasa dengan ketinggian 70 meter itu dikatakan mampu mengeluarkan kira-kira 1,000 biji buah bagi satu musim.

Pemiliknya, Syed Abu Bakar Syed Salim, 74, berkata, pokok tersebut yang dipercayai dita­nam nenek atau moyangnya itu dikenali sebagai durian sangka dan durian terong.

“Mengikut cerita ibu bapa saya, dua batang pokok ini telah mengeluarkan buah sejak tahun 1920-an lagi.

“Semasa kecil, saya menggunakan atap zink yang diletakkan di kepala semasa mengutip durian bagi mengelak risiko kece­deraan ditimpa buah gugur,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Syed Abu Bakar, walaupun dilanda banjir teruk sebelum ini, dua pokok durian tersebut yang ditanam di kawasan rumahnya masih mengeluarkan buah yang lebat pada saban tahun.

Jelas lelaki itu, pokok durian tersebut juga masih subur sehingga dahan dan rantingnya pernah patah akibat ditiup angin kuat kerana tidak dapat menampung buah yang lebat.

Beliau yang juga imam Masjid Jenderak memberitahu, disebabkan itu, durian tersebut mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk.

“Ada juga orang luar yang datang membeli durian dari pokok ini.

“Hampir setiap hari ada pembeli datang. Saya menjualnya pada harga yang berpatutan ke­rana mahu berkongsi rezeki de­ngan orang lain,” katanya.

Harga durian yang dijual Syed Abu Bakar adalah RM8 hingga RM10 sekilogram.

Sementara itu, seorang penduduk, Syed Kamal Syed Abdul Ghafar, 51, berkata, rasa manis dan berlemak durian itu berbeza dengan raja buah yang dibeli di tempat lain.

“Buah ini juga tidak menyebabkan panas (badan), saya pernah memakan 15 biji durian ini tetapi tidak mengalami masalah panas badan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI