fbpx

Pusat perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi dibenarkan beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Pusat perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi yang terletak di dalam pusat beli-belah serta pasar raya besar dibenarkan beroperasi berkuat kuasa esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk memberi kebenaran.

“Semua outlet pusat perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi yang terletak di dalam pusat beli-belah serta pasar raya besar dibenarkan beroperasi sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah diwartakan.

“Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 78,975 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,477 orang. Ia termasuk pemeriksaan ke atas 2,087 buah kilang, 16,086 premis perniagaan, 625 tapak pembinaan dan 449 buah asrama penempatan pekerja.

“Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 17 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” jelasnya. -K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI