fbpx

Terima 30,000 permohonan rentas daerah, negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (tiga dari kanan) meninjau kenderaan yang melalui SJR di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Cameron Highlands dekat Kampung Kundur, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang sudah mengeluarkan hampir 30,000 surat kebenaran kepada orang ramai yang ingin merentas daerah dan negeri sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tujuh bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kebenaran merentas daerah atau negeri hanya diberikan kepada mereka yang mempunyai alasan kukuh seperti bekerja, kecemasan atau mendapatkan rawatan perubatan.

Katanya, mereka yang ingin merentas daerah juga perlu mengemukakan surat kebenaran itu ketika ingin melalui sekatan jalan raya (SJR).

“Setakat ini, kenderaan yang merentas negeri memasuki Kelantan melalui Jalan Gua Musang dilihat meningkat berbanding sebelum ini berikutan negeri ini beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara sejak 5 Julai lalu.

“Peningkatan itu berikutan kerajaan memberi kelonggaran bagi aktiviti ekonomi dan membenarkan kenderaan perdagangan memasuki negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau SJR di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Cameron Highlands dekat Kampung Kundur di sini hari ini.

Menurut Choon Foo, terdapat dua SJR diadakan selama 24 jam di daerah ini yang dipantau oleh polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Katanya, selain pencegahan Covid-19, SJR itu juga dapat mencegah jenayah malah tindakan kepada pengguna yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI