fbpx

Platform e-dagang lonjak imej Peacock

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEONG (kiri) bersama Pengurus Negara Peacock Malaysia, Anson Lim menunjukkan produk jualan syarikatnya yang dilantik sebagai pengedar tunggal di pasaran domestik.

PETALING JAYA – Di sebalik cabaran pandemik Covid-19 yang telah banyak mengubah ekosistem ekonomi negara, ia juga sebenarnya membawa tuah kepada usahawan yang pandai ­menyusun strategi.

Mereka yang berani keluar daripada kepompong perniagaan sedia ada yang agak lesu kerana perubahan gaya hidup dan peredaran semasa, pastinya berjaya malah berdiri kukuh merancang untuk meluaskan empayar ma­sing-masing.

Pada mulanya, Pengasas Peacock Marketing Sdn. Bhd. (Peacock Malaysia), Albertt Leong tiada masa langsung untuk memikirkan cabang perniagaan baharu yang lebih cenderung ke arah bidang digital atau e-dagang kerana tumpuan diberikan kepada bidang promosi dan pengiklanan.

Beliau yang telah berada dalam industri tersebut lebih daripada 20 tahun dengan me­nempa kejayaan dalam membangun dan menjenamakan pelbagai syarikat utama dan popular di pasaran tempatan tidak menyangka kekangan wabak maut itu turut memberi tempias kepada syarikatnya.

Melihat kepada trend masa kini yang mana masyarakat telah beralih kepada perniagaan secara online, strategi baharu mula disusun untuk membolehkan syarikat dilantik sebagai pengedar tunggal produk keluaran Peacock dari Jepun di Malaysia.

Berkomunikasi secara maya dengan ibu pejabat pengeluar produk Peacock di Jepun, telah berjaya dijalankan tanpa perlu terbang merentasi pintu sempadan negara.

Melalui pembentangan Albertt dan kumpulannya yang berkemahiran dalam pelan membangunkan jenama di pasaran tempatan, kerjasama strategik itu berjaya dimuktamadkan.

“Kelebihan kami dalam bidang penjenamaan dan promosi telah meningkatkan keyakinan pihak pengurusan kanan di Jepun dan seterusnya bersetuju melantik kami menjadi pengedar tunggal barangan Peacock di Malaysia.

“Bermulah di situ, kami kini berada dalam landasan yang kukuh untuk menjadi pengedar yang lebih berdaya saing, padat dengan strategi pemasaran untuk menjadikan ia sebagai satu perniagaan yang berjaya pada masa depan.

“Kemunculan sulung kami di platform Shopee adalah pada kempen jualan 6.6 baru-baru ini,” katanya pada sesi temu bual secara maya baru-baru ini.

Produk Peacock terdiri daripada pelbagai kategori termos, bekas makanan dan minuman panas atau sejuk serta dispenser air panas.

Tambah Albertt,52, memandangkan jenama dan produk Peacock sudah berada di pasaran tempatan sejak 15 tahun lalu maka mudah bagi syarikat menyusun strategi pemasaran masa depan untuk kumpulan sasarannya.

Jelas anak penoreh getah yang berasal dari Bentong, Pahang itu, melalui pengalamannya dalam bidang promosi dan pengiklanan, maka strategi menawarkan pelbagai diskaun menarik sehingga 40 peratus terhadap produk jualannya telah menarik minat ramai pelanggan baharu.

“Saya berasa bimbang dengan kemunculan pada hari pertama kempen jualan di Shopee kerana kami tiada pengalaman yang meluas dalam bidang e-dagang.

“Tetapi berkat sokongan daripada semua yang terlibat selain percaya kepada pengalaman lalu dan diperkuatkan dengan strategi pemasaran berkesan, telah membuatkan segaka urusan berjalan lancar.

“Sambutan pada peringkat awal adalah sangat mengga­lakkan dan kami yakin cabang perniagaan ini bakal mencatat pertumbuhan jualan yang baik antara 20 hingga 30 peratus setiap bulan sepanjang tahun pertama ini,” ujarnya.

Produk Peacock yang ditawarkan lebih daripada 100 stock keeping unit (sku) dijual pada harga RM100 hingga RM500 seunit dengan pilihan warna yang sangat menarik bertepatan dengan gaya hidup masyarakat masa kini.

Kategori pilihan produknya terdiri daripada mug dan cup flask, lifestyle vacuum tumbler, vacuum carafe, one touch bottle, food jar dan lunch jar, sport bottle serta children bottle.

Produk berkenaan bersesuaian untuk semua peringkat umur dan memudahkan pelanggan menikmati makanan dan minuman yang boleh mengekalkan kepanasannya selama kira-kira tujuh jam.

Albertt menerangkan, bekas makanan dan minuman daripada kategori ini menjadi trend dalam norma baharu masyarakat yang lebih terarah kepada cara kehidupan yang lebih sihat.

Ramai yang membawa bekal makanan yang dimasak di rumah atau beli di kedai dan disimpan dalam bekas makanan yang kekal panas atau membeli air minuman sejuk.

Kaedah ini memberi lebih penjimatan dan makanan yang tersedia dalam bekas makanan kekal panas itu lebih menyihatkan serta masih mengekalkan keenakannya.

Selain itu, Albertt menerangkan, barangan daripada kategori lifestyle vacuum tumbler menjadi pilihan popular pelanggan kerana dapat mengekalkan kepanasan air atau minuman sejuk selama tujuh jam.

Cara penggunaan tumbler yang bersaiz antara 200 mililiter (ml) hingga 500 ml itu cukup mudah dan telah memikat hati pe­langgan daripada golongan muda berbanding menggunakan bekas minuman konvensional yang sama dikeluarkan oleh syarikat pesaing.

Ditanya mengenai perancangan masa depannya, Albertt menerangkan syarikat yang beroperasi di Seri Petaling, Kuala Lumpur itu mahu memperkenalkan antara 20 hingga 50 lagi sku pada tahun ini bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada pe­langgan.

Ia juga bertujuan untuk me­ningkatkan lagi keyakinan pe­langgan terhadap jenama Peacock di Malaysia selain memenuhi perubahan gaya hidup masyarakat dalam norma baharu ini.

“Kami juga bercadang untuk melangkah ke Singapura untuk meluaskan lagi penguasaan pasaran menjelang tahun hadapan,” ujarnya.

Selain ditawarkan di platform e-dagang, Peacock juga di jual secara offline di beberapa rangkaian pengedarannya di pusat beli-belah utama di Lembah Klang, Johor dan juga Pulau Pinang.

Pihaknya juga menggalakkan penyertaan lebih ramai pengedar pada masa depan sebagai salah satu usaha syarikat untuk meluaskan empayarnya di pasaran tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI