fbpx

Pengawal keselamatan dipenjara 3 tahun cabul jururawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara serta tiga sebatan ke atas Seorang pengawal keselamatan atas kesalahan mencabul kehormatan seorang jururawat.

KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara serta tiga sebatan ke atas Seorang pengawal keselamatan atas kesalahan mencabul kehormatan seorang jururawat.

Keputusan berkenaan dibuat majistret Stephanie Dunstan selepas tertuduh, Mohd Amin Zahari, 29, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di kuarters Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Bukit Padang pada 5 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul mangsa berusia 34 tahun dengan melakukan kekerasan termasuklah menumbuk muka serta mencekik mangsa.

Bagaimanapun, mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan keluar daripada rumah sebelum mendapatkan pertolongan dari jiran.

Ekoran kejadian terbabit, mangsa mengalami kecederaan lebam serta bengkak dan ditempatkan di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak, Likas bagi rawatan lanjut.

Mohd. Amin dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh mengaku pecah masuk ke rumah mangsa dengan niat untuk mencuri namun bertukar niat merogol selepas melihat mangsa. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI