fbpx

Michael Ang selar artis cakap tak guna otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MICHAEL ANG

PETALING JAYA – “Kalau tak mahu vaksin, jangan buat kenyataan bodoh.”

Itu antara respons pengarah dan penerbit Michael Ang mengenai kenyataan seorang selebriti wanita tanah air yang mempersoalkan kepentingan pengambilan vaksin dalam kalangan warga tua semalam.

Michael menerusi satu hantaran Instagram meminta agar selebriti wanita itu tidak mempertikaikan keputusan orang lain khususnya golongan warga emas yang mengambil suntikan vaksin.

“Emak saya berumur 93 tahun dan adik-beradik kami memaksanya menerima vaksin. Kepada artis yang bertanya mengapa memaksa orang tua ialah kerana kami sayangkan mereka!

“Kita akan buat apa sahaja untuk melindungi orang yang kita sayang. Faham atau tidak artis bijaksana?” luahnya dalam entri tersebut.

Tambah pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa itu, dia juga meminta selebriti berkenaan agar tidak terus mempertikaikan kepentingan vaksin walaupun dia menolaknya.

“Jika tak mahu vaksinkan orang tua, itu hak kau. Apa hak kau untuk persoalkan kami yang mahu lindungi insan tersayang? Pakai otak sebelum bercakap!

“Kalau tak mahu vaksin, duduk diam-diam tak payah nak buat kenyataan bodoh,” katanya lagi.

Walaupun tidak menyatakan nama selebriti berkenaan, rata-rata pengikut Instagramnya dapat meneka siapakah yang hendak dimaksudkan oleh Michael.

Meninjau ruangan komen hantaran tersebut, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat turut berpendapat menyuntik vaksin kepada golongan tua bukan semata-mata hendak melancong ke luar negara sahaja.

“Vaksin orang tua bukan untuk bawa mereka pergi luar negara.

“Aduh, Tol Damansara pun belum tentu lagi. Fikir jauh sikit, simpan lembab dalam tin biskut,” tulis Ayda.

Semalam, aktres Rita Rudaini mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan mengapa masih ada yang memaksa warga emas untuk mengambil vaksin.

Kenyataan pelakon drama Geng Mak Mak itu seterusnya mendapat kecaman netizen yang berpendapat golongan selebriti sepertinya tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI