fbpx

McGregor tumbang, buku lali kaki kiri patah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCGREGOR diusung keluar selepas mengalami kecederaan patah buku lali pada penghujung pusingan pertama menyebabkan Poirier diangkat sebagai pemenang. – AFP

LAS VEGAS – Jaguh seni bela diri campuran dari Ireland, Conor McGregor sekali lagi tumbang kepada Dustin Poirier dan kali ini dia pulang dengan kesakitan apabila buku lali kirinya patah pada penghujung pusingan pertama dalam pertarungan Lightweight UFC 264 di Arena-T Mobile, Las Vegas semalam.

Pada saingan tersebut, Poirier memulakan aksi dengan baik pada pusingan pertama apabila melepaskan tumbukan tangan kanan dan tendangan keras menyebabkan McGregor rebah.

Poirier cuba melakukan kuncian awal pada saingan itu, namun McGregor bijak mencari jalan keluar pada dua minit terakhir selepas menerima tumbukan bertubi-tubi dari petinju kelahiran Amerika Syarikat (AS) tersebut.

McGregor yang bangkit dalam keadaan badannya tidak stabil cuba untuk melepas tumbukan sebelum dia terpelecok dan buku lalinya patah menyebabkan pe­ngadil menghentikan pertaru­ngan tersebut.

Bagaimanapun, Poirier mendakwa kecederaan yang menimpa McGregor adalah berpunca daripada tendangan keras McGregor sendiri seawal pertarungan dan mengakui berhak menjulang kemenangan tersebut.

“Saya merasakan sesuatu ketika McGregor melepas tendangan pada awal pertarungan dan kemudian dia melakukan kesilapan hingga menyebabkan patah pada bahagian buku lalinya,” kata Poi­rier.

McGregor dilihat tidak gembira dengan kekalahan itu ketika terbaring mendapatkan rawatan susulan kecederaan tersebut.

“Ia belum berakhir. Jika harus membawanya ke luar gelanggang, mari bawanya ke luar,” tegas McGregor.

Kemenangan itu adalah yang kedua buat Poirier selepas me­numbangkan McGregor pada Januari lalu di Abu Dhabi.

Kini petinju berusia 32 tahun itu me­lebarkan rekod kemenangan dengan 28-6-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI