LOS ANGELES – Bintang seni bela diri campuran (MMA) dunia, Conor McGregor mengakui dia hanya memerlukan tempoh enam minggu untuk memakai tongkat sebelum membuat kemunculan semula ke Oktagon.
McGregor patah kaki kiri ketika tewas di tangan petinju Amerika Syarikat (AS), Dustin Poirier pada penghujung pusingan pertama di Las Vegas semalam.
Akibat kecederaan tersebut McGregor telah menjalani pembedahan kira-kira 3 jam selepas doktor mengesahkan jaguh tinju Ireland tersebut patah tulang tibia dan fibula.
“McGregor kini dalam proses pemulihan kecederaan selepas selesai menjalani pembedahan selama tiga jam. Pembedahan itu berjaya baiki kecederaan tulang tibia dan fibula yang patah.
“Selepas pembedahan tersebut, doktor yakin bahawa McGregor dapat pulih dalam waktu yang dijangkakan. Kami menantikan kepulangannya ke Oktagon,” kata ejennya, Audie Star.
Poirier menganggap kekalahan tersebut dibayar dengan hukum karma selepas tindakan provokasi McGregor terhadap isterinya sebelum perlawanan berlangsung.
“Lelaki ini adalah beg kotoran dan saya benar-benar layak meraih kemenangan pada hari ini. Jika diadakan pertarungan semula, saya akan tetap bertarung tidak kira di dalam oktagon atau di tepi jalan,” tegas Poirier. – AGENSI