fbpx

Lakonan teruk, pelakon lain gantikan Hae-eun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK HAE-EUN

GARA-gara dinilai sebagai tidak berjaya menghayati watak lakonan, pelakon baharu Park Hae-eun terus disingkirkan daripada memegang watak utama dalam drama bertajuk Return.

Memetik laporan Kstarlive, pasukan produksi mengambil keputusan menyisihkan pelakon itu berikutan ‘tidak mempunyai kemahiran berlakon’.

Susulan laporan tersebut, Hae-eun menerusi Instagramnya tampil memberi maklum balas terhadap penyingkirannya daripada naskhah berkenaan.

“Terdapat beberapa penyesalan tidak jelas dan perasaan yang rumit. Tetapi pada akhirnya saya berharap Hwan Hon (judul asal drama berkenaan) akan berjaya disiapkan tanpa sebarang masalah.

“Sekali pun keadaan sangat rumit, saya ambilnya dari sudut yang baik. Terima kasih kepada semua yang prihatin,” katanya.

Menerusi Return, Hae-eun sepatutnya bergandingan dengan beberapa pelakon lain seperti Lee Jae-wook, Minhyun NUEST dan Arin OH MY GIRL.

Setakat ini, penggambaran drama berkenaan sedang ditunda kerana produksi sedang mencari pengganti untuk posisi Hae-eun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI