fbpx

Kontena mayat di HTAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan jenazah di HTAR.

KLANG – Sebuah kontena bagi penyimpanan mayat disalurkan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Pemberian tersebut tular menerusi tiga video berdurasi antara 37 saat sehingga 2 minit termasuk keadaan terkini jumlah mayat yang banyak di HTAR.

Berdasarkan video awal, seorang lelaki menyatakan kontena tersebut dibeli pada harga RM35,000 khas bagi memudahkan pengurusan mayat mereka di hospital tersebut.

Tangkap layar status Facebook HTAR berkenaan pemberian kontena daripada MIC.

Bagaimanapun, lelaki tersebut juga menunjukkan rasa tidak berpuas hati apabila bantuan tersebut tidak diterima pihak HTAR.

“Kita hendak bantu pihak hospital. Mula-mula kata okay selepas tiga jam, pengarah hospital tolak pula (bantuan) dengan mengatakan esok (hari ini) sebanyak lapan kontena datang.

“Pada malam ini, kita datang supaya jenazah-jenazah ini diletakkan di tempat selesa walaupun sudah telah menjadi mayat,” katanya.

Bagaimanapun, HTAR menerusi laman Facebooknya pada setengah jam lalu kemudiannya memaparkan video daripada lelaki sama menunjukkan pemberian tersebut telah diterima.

Menerusi video itu, lelaki tersebut bersyukur apabila kontena itu diterima untuk diletakkan di Jabatan Forensik HTAR.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan sama ada Menteri, Ketua Setiausaha dan Pengarah HTAR kerana memudahkan urusan kami untuk membantu dalam sumbangan kontena tersebut untuk menyimpan mayat atau jenazah Covid-19,” jelasnya.

Pihak HTAR dalam kenyataannya di Facebook tersebut juga menzahirkan penghargaan kepada MIC di atas sokongan dan dokongan menyumbang kontena mayat itu dalam menguruskan pandemik Covid-19 di Klang khususnya. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI