fbpx

‘King’ buat hal lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan aksi 'King' berada di lorong salah ketika berada di sebuah persimpangan lampu isyarat.

PETALING JAYA – Bukan ‘King’ kalau tak buat hal. Itu antara komen orang ramai apabila menonton klip video yang memaparkan aksi Perodua Myvi di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Apa yang menjadi tumpuan orang ramai adalah ‘gelagat’ kenderaan terbabit yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar kepada warna hijau dan pada masa sama berada di lorong salah.

Menurut orang ramai, lampu isyarat tersebut tidak akan bertukar warna hijau jika ‘sensor’ pada lorong berkenaan tidak ‘dilanggar’ oleh mana-mana kenderaan.

Namun, pada saat akhir video berdurasi satu minit 51 saat yang dikongsi di laman Facebook Nibong Tebal Kini itu memaparkan pemandu ‘King’ tersebut kemudiannya mengubah laluan ke sebelah kiri jalan selepas lama ‘menghabiskan’ masa di persimpangan itu.

Bagaimanapun lokasi kejadian itu tidak dinyatakan.

Sementara itu, rata-rata orang ramai ‘terhibur’ dengan aksi pemandu kereta tersebut dan mereka turut menasihatkan pengguna lain agar tidak meniru aksi tersebut.

“Sepatutnya kereta hitam tu dok ‘line’ kiri baru lampu isyarat hijau, dia ada sensor kat atas jalan tu,” tulis Mohammad Zulkifli.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muz Tadha.

“Mungkin dia baru pulang dari ‘oversea’, masih keliru dengan jalan Malaysia kerana biasa memandu sebelah kanan,” katanya.-K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI