LONDON – Seorang penyelidik mengatakan bahawa perkahwinan antara manusia dan robot akan dianggap sesuatu yang normal menjelang akhir abad ini, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Dr. David Levy berkata, hubungan seksual dan percintaan dengan robot sistem Android juga merupakan sesuatu yang biasa dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Beliau menjangkakan patung seks robotik akan menjadi sangat pintar dan mempunyai personaliti serta boleh berbual pada pelbagai peringkat.
Penulis buku Love and Sex With Robots itu turut berkata, beberapa individu mungkin akan berhenti menjalin hubungan percintaan dengan manusia kerana lebih memilih bercinta dengan robot malah boleh juga menjadi robot seksual.
“Sama seperti robot seks yang sudah diterima di beberapa negara, trend ini akan semakin diterima.
“Orang akan jatuh cinta dan melakukan hubungan seksual dengan robot,” katanya.
Menurutnya lagi, robot seks sofistikated pertama akan dicipta sebelum 2050 namun perkahwinan dengan robot itu memerlukan 50 tahun lagi sebelum dianggap biasa. -Agensi