fbpx

Jual ‘ayam’ dalam Michat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan gambar tangkapan sindiket pelacuran pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sindiket pelacuran dikesan menggunakan aplikasi Michat sebagai medium untuk mengiklan, mempromosi dan berhubung dengan pelanggan bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ahli sindiket akan memberikan beberapa gambar pekerja seks wanita kepada pelanggan untuk dipilih sebelum memberikan lokasi pertemuan.

Katanya, lokasi pertemuan itu dibuat di beberapa lokasi seperti di hotel bajet, apartmen, rumah kediaman dan rumah.

Tambahnya, bertindak atas risikan, polis melakukan serbuan Op Noda di tujuh premis dan menahan 26 individu antara pukul 6.30 petang hingga 10 malam di sekitar bandar raya ini, Sabtu lalu.

“Dalam serbuan itu, polis menahan lapan lelaki tempatan dan dua lelaki warga India bertindak sebagai penghantar dan penjaga premis.

“Dalam serbuan sama, polis turut menahan 16 pekerja seks yang terdiri daripada warga Vietnam dan Thailand termasuk seorang wanita tempatan. Kesemua yang ditahan berusia 21 hingga 54 tahun.

“Modus operandi ini menggunakan Michat sebagai medium untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

“Mungkin juga mereka menjadikan rumah kedai, kediaman dan apartmen sebagai modus operandi kerana hotel tidak beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 37 unit telefon, 346 kondom, empat botol minyak pelincir, empat helai tuala, tiga tisu basah, satu gulung tisu, dua tiub KY Jelly, enam resit homestay, empat buah kereta yang digunakan penghantar dan wang tunai RM14,511.

Ayob Khan berkata, sindiket yang beroperasi sejak Mei lalu, pelanggan perlu membayar antara RM200 hingga RM300 mengikut pekerja seks yang dipilih dan bayaran dibuat kepada penghantar.

Katanya, setiap pekerja seks akan dibayar antara RM100 hingga RM120 bagi setiap perkhidmatan manakala penghantar dibayar antara RM4 hingga RM10 mengikut penghantaran dan jarak.

“Bagi kegiatan persundalan ini, sindiket memperoleh keuntungan antara RM100 hingga RM120 hasil dari setiap pekerja seks.

“Kesemua pekerja seks warga Vietnam dan Thailand ini berada di negeri sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menggunakan visa sosial.

“Bagi tangkapan warga tempatan telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Mahkamah dibenarkan reman antara tiga hingga enam hari manakala bagi warga asing yang ditangkap ditahan di bawah Akta Imigresen selama 14 hari mulai 11 hingga 24 Julai,” katanya.- K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI