fbpx

Jazeman naiki podium di Litar Monza, Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAZEMAN (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang bersama ahli pasukannya selepas berjaya menaiki podium ketiga di Litar Monza, Itali kelmarin.

PELUMBA berbakat negara, Jazeman Jaafar tampil cemerlang dalam perlumbaan European Le Mans Series (ELMS) apabila berjaya mengakhir perlumbaan dengan kejayaan podium tempat ketiga di Litar Monza, Itali kelmarin

Meskipun memulakan saingan di petak ke-11, Jazeman bersama rakan sepasukannya dari Indonesia, Sean Gelael memperagakan pemanduan cemerlang bersama pasukan Jota Sport ORECA untuk menamatkan perlumbaan yang berlangsung selama empat jam, di tempat ketiga.

“Syukur Alhamdulilah, saya berasa bangga kerana kami dapat menduduki podium menerusi gabungan pelumba Malaysia dan Indonesia meskipun memulakan saingan di petak ke-11. 

“Pada perlumbaan ini, saingan memang tinggi terutama cabaran kebanyakan bekas pelumba Formula Satu (F1) dan ada juga pelumba uji F1.

“Tetapi kami membuat strategi terbaik dan membuat keputusan yang tepat terutama strategi hentian pit. Kerjasama dalam satu pasukan membolehkan kami meraih keputusan seperti ini.

“Jika ada peluang lagi untuk kami dan ini adalah kombinasi mendapatkan kejuaraan di podium, maka kami sengat-sangat telahpun dikehendaki. Terima kasih atas sokong semua,” katanya.

Tempat pertama perlumbaan tersebut dimenangi pasukan Panis Racing yang diwakili, Will Stevens, Julien Canal dan James Allen manakala kedudukan kedua menjadi milik United Autosport (Phil Hanso, Jonathan Aberdein, Tom Gamble). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI