fbpx

Jangan mudah terpedaya dengan ‘scammer’ – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES

PETALING JAYA – Pelakon Ruhainies memberi peringatan kepada pengikut dan pengguna Instagram agar berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan taktik ‘scammer’.

Pelakon itu berkata, dia menerima banyak kiriman mesej peribadi (DM) daripada pengguna Instagram yang mengatakan mereka memenangi sebuah jenama telefon pintar daripada sebuah akaun.

Menerusi hantaran berkenaan, pelakon itu berkongsi tangkap layar daripada pengguna Instagram yang menerima mesej daripada sebuah akaun dengan mengatakan dia memenangi sebuah telefon kerana merupakan salah seorang peminat Ruhainies.

Modus operandi akaun berkenaan menggunakan nama artis terkenal untuk memerangkap mangsa dengan mengatakan mereka memenangi hadiah telefon dan meminta maklumat seperti alamat dan nombor telefon.

RUHAINIES mengingatkan peminatnya agar tidak mudah terpedaya dengan akaun palsu yang menggunakan namanya sebagai umpan.

“Saya dapat banyak sangat orang DM mengatakan mereka menang iPhone daripada akaun palsu seperti ini. Bukan satu tau, banyak.

“Kalian semua mesti tahu nak membezakan mana akaun palsu atau betul kan. Satu lagi, kenapa tiba-tiba dia nak bagi iPhone sedangkan kalian tak sertai peraduan apa-apa,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Justeru, pelakon drama Wifi Sebelah Rumah itu mengingatkan pengguna Instagram agar berhati-hati dan jangan mudah berkongsi maklumat peribadi kepada orang asing.

“Hati-hati dengan ‘scammer’ ya. Mereka mungkin guna nama saya atau selebriti lain. Jawapan saya, jangan balas dan kemudian sekat mereka.

“Tolong, jangan sesekali mudah bagi maklumat kepada orang asing. ‘Scammer’ ada di mana-mana. Hati-hati. Kalau saya nak bagi hadiah atau benda lain, saya akan umum sendiri menerusi akaun rasmi saya. Saya tak akan pernah gunakan akaun lain,” jelasnya.

Kewujudan akaun palsu dalam media sosial yang menggunakan nama selebriti sudah banyak kali berlaku sehingga mencetuskan banyak isu seperti porno, penipuan dan kecurian identiti.

Antara yang pernah menjadi mangsa adalah Fattah Amin, Anuar Zain, Wan Sharmila dan Liza Hanim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI