fbpx

Dua tokoh korporat dilantik Pengerusi PHB, Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Mohd Bakke Salleh (kiri) dan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh.

PUTRAJAYA – Tan Sri Ahmad Nizam Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) manakala tempat beliau sebagai
Pengerusi  Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan diambil alih oleh Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Pejabat Perdana Menteri berkata, kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa pada 1 Ogos depan.

Kenyataan itu berkata, Ahmad Nizam akan kekal sebagai Pengerusi kumpulan syarikat KLCC.

Katanya, pengalaman beliau di Petronas dan dalam pengurusan hartanah utama di KLCC akan membawa nafas baharu kepada hala tuju dan pengurusan PHB dalam meningkatkan pemilikan Bumiputera terhadap hartanah komersial negara. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI