fbpx

Bila saya boleh jumpa awak kalau rindu? – Uqasha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOMEN-MOMEN manis bersama Kamal yang dikongsikan Uqasha dalam Instagram.

PETALING JAYA – Kurang seminggu selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-29, pelakon cantik Uqasha Senrose meluahkan keinduan untuk kembali meniti hari-hari bahagia sebagaimana yang pernah dilalui bersama tunangnya, Kamal Adli sebelum ini.

Menerusi hantaran dalam Instagramnya, Uqasha memuat naik sembilan keping gambar kenangan manisnyq bersama Kamal, kebanyakannya sewaktu meluangkan masa bersama dan menjalani penggambaran drama lakonan mereka.

“Saya rindu hari-hari yang dulu. Bila saya boleh jumpa awak kalau saya mula merindui awak.

“Sekarang saya rindu semuanya tentang awak, encik tunangku,” tulis Uqasha beserta emoji berbentuk hati.

Sebelum ini, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen turut berkongsi hadiah berupa kek hari lahir yang diberi Kamal sempena ulang tahunnya pada 6 Julai lalu.

Uqasha menerima kek dua tingkat berwarna merah jambu beserta hiasan patung menyerupai dirinya dengan tulisan ‘My Cik Tunang’.

Menjengah ruangan komen, perkongsian pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu dihujani ucapan manis dan doa daripada rakan artis yang mengharapkan dia dan Kamal segera menamatkan zaman bujang.

Malah, peminatnya turut mendoakan pasangan sejoli itu segera mendirikan rumah tangga selepas pandemik berakhir.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan mereka segera melangsungkan perkara yang wajib terlebih dahulu iaitu pernikahan.

“Nikah dululah Sha, dah okey barulah buat kenduri-kendara. Nak tunggu Covid dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) habis tak tahu bila,” tulis netizen.

Sebelum ini, Kamal menitipkan ucapan selamat hari lahir buat tunangnya dan mendoakan yang baik-baik termasuk urusan perkahwinan mereka dipermudahkan.

Pada 4 April lalu, Uqasha selamat dirisik keluarga Kamal dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Pasangan itu yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi Jun lalu, namun terpaksa menunda hasrat tersebut gara-gara pandemik yang meruncing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI