fbpx

Barty tunai impian di Wimbledon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARTY menjadi pemain wanita Australia pertama dalam tempoh 41 tahun menjuarai Wimbledon selepas menundukkan Pliskova kelmarin. – AFP

LONDON – Bintang tenis No.1 dunia, Ashleigh Barty melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Australia pertama berjaya memenangi gelaran Wimbledon dalam tempoh 41 tahun kelmarin.

Pemain berusia 25 tahun tersebut berjaya merealisasikan impiannya untuk meraih kemenangan sulung di All England Club selepas mengharungi pertarungan sengit ketika menumpaskan Karolina Pliskova dengan keputusan 6-3, 6-7, 6-3 di pentas final.

Hasil kemenangan tersebut, Barty menamatkan penantian Australia untuk meraih kemenangan di Wimbledon yang kali terakhir dilakukan oleh mentor­nya, Evonne Goolagong Cawley pada 1980.

“Saya harap kemenangan ini mampu membuatkan Evonne bangga. Pliskova memperagakan aksi cukup baik pada perlawanan hari ini. Saya bangga dengan diri sendiri kerana dapat bangkit untuk memenangi set ketiga.

“Saya memerlukan beberapa ketika untuk mengatakan saya mahu memenangi kejohanan ini. Ia sebenarnya lebih baik daripada apa yang saya bayangkan.

“Saya tidak dapat tidur malam tadi tetapi saya berasa seperti di tempat sendiri ketika beraksi di gelanggang ini,” kata Barty.

Sementara itu, Pliskova tidak mampu untuk menyembunyikan kekecewaannya selepas dilihat menangis apabila terlepas peluang keemasan untuk meraih gelaran sulung Grand Slam kerana sebelum ini dia mara ke final Terbuka Amerika Syarikat 2016 tetapi tewas kepada Angelique Kerber.

“Sudah pasti kekalahan ini sedikit membuatkan saya emosi. Tiga minggu saya berada di London dan perlu mengikuti gelembung sukan. Jadi, tentu anda sedikit letih dan kecewa.

“Pada saingan tersebut, permulaan saya sangat teruk dan saya berbangga kerana saya bangkit semula pada set kedua perlawanan. Pada set ketiga akhir­nya saya kalah,” jelas Pliskova. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI