fbpx

Arab Saudi iktiraf Sinovac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Arab Saudi mengiktiraf vaksin Covid-19 jenis Sinovac keluaran China bagi kemasukan ke negara itu selaras dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri menerusi status di Facebooknya malam tadi.

“Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara itu.

“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji serta umrah akan datang,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.

Arab Saudi sebelum ini dilaporkan menetapkan hanya jemaah yang menerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca dibenarkan menunaikan haji.

Jawatankuasa Ilmiah Nasional untuk Penyakit Berjangkit negara itu juga telah meluluskan penggunaan campuran dua dos vaksin Covid-19 berbeza. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI