fbpx

Annuar Musa dikompaun RM2,000 lawat Pak Lah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikenakan kompaun RM2,000 hari ini ekoran melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengunjungi bekas perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi di kediamannya, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kompaun dikenakan terhadap beliau mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (PPN) 2021.

“Beliau sudah dikenakan kompaun RM2,000,” ujarnya ringkas hari ini.

Sementara itu, Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan melalui satu kenyataan hari ini mengesahkan Annuar telah menerima kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, Annuar akan menjelaskan kompaun tersebut secepat mungkin.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ketereh melalui catatan di Twitternya yang sudah dipadamkan memberitahu dia dan isteri mengunjungi Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, di kediamannya di Bait Badawi, dekat sini, Sabtu lalu.

Beliau memaklumkan telah menghabiskan masa dua jam bersama bahkan turut menikmati masakan isteri Pak Lah, Jeanne Abdullah. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI