PUTRAJAYA – Kes harian berkurangan berbanding semalam dengan 8,574 kes menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 844,870 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih melepasi angka 4,000 dengan 4,308 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 794 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 609 kes.
“Kedah pula (415 kes), Melaka (411 kes), Johor (407 kes), Pahang (314 kes), Sabah (298 kes), Sarawak (235 kes), Pulau Pinang (231 kes), Perak (168 kes), Terengganu (140 kes) dan Kelantan (133 kes)
“Selebihnya, Labuan (66 kes), Putrajaya (45 kes) dan tiada jangkitan baharu di Perlis,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K! ONLINE