ALOR SETAR – Polis menahan 29 lelaki dan dua wanita dipercayai terlibat dalam kegiatan judi Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2020 secara online membabitkan nilai pertaruhan lebih RM2 juta.
Kesemua suspek berusia 17 hingga 55 tahun itu ditahan dalam Ops Soga VIII menerusi 27 serbuan di negeri ini bermula 12 Jun hingga hari ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pertaruhan dijalankan menggunakan aplikasi WhatsApp, WeChat, Wish, PUBG serta 19 laman web lain.
Kata beliau, sebanyak 40 unit telefon bimbit, empat set komputer, tiga komputer riba, satu unit tablet, dua unit modem dan router serta wang tunai RM33,326 dirampas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang membawa hukuman denda RM20,000 hingga RM200,000 dan penjara tidak lebih lima tahun.
Menurutnya, polis akan meneruskan usaha membanteras kegiatan perjudian dan maklumat orang awam amat dialu-alukan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929