fbpx

3 lagi anggota polis direman kes terima rasuah tauke dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua daripada tiga anggota polis yang direman empat hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.

KOTA BHARU – Tiga anggota polis direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah sebanyak RM200,000 daripada pasangan suami isteri pengedar dadah baru-baru ini.

Selain itu, seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang sebelum ini ditahan dalam kes sama turut disambung reman selama empat hari selepas perintah reman terhadapnya tamat hari ini.

Tiga anggota polis itu masing-masing berpangkat Sarjan berusia 39 tahun, Koperal (34 tahun) dan Lans Koperal (28 tahun) bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Perintah tahanan reman sehingga Khamis ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faezah Abdullah di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan reman ketiga-tiga anggota polis itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, seorang pegawai polis berpangkat ASP direman pada Jumaat lalu selepas dipercayai menerima suapan RM200,000 daripada pasangan suami isteri yang merupakan pengedar dadah.

Selepas penahanan ASP berkenaan, SPRM menahan seorang lagi pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) untuk membantu siasatan kes itu pada Sabtu lalu.

Kedua-dua pegawai itu juga bertugas di IPD Pasir mas ditahan bagi membantu siasatan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI