fbpx

Warga emas, OKU perlu segera divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mansor (kanan) berbual dengan warga emas selepas mereka menerima suntikan vaksin di Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) di sini mengambil inisiatif dengan membawa golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang terlantar sakit untuk memudahkan mereka menerima vaksin di klinik kesihatan dengan segera.

Pengerusi Pawe Pasir Mas, Datuk Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, kerjasama itu dilakukan dengan bantuan Jabatan Kesihatan Daerah (PKD) Pasir Mas selain penghulu mukim dan kampung.

“Setakat ini, kita tidak tahu jumlah sebenar warga emas dan OKU yang terlantar sakit di rumah di daerah ini. Saya berharap golongan ini segera divaksin.

“Kita harap dengan langkah ini golongan warga emas khususnya dapat memberi kerjasama sewajarnya supaya mereka dapat menerima suntikan vaksinasi itu dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas Program Suntikan Vaksinasi Warga Emas di Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan)
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI