fbpx

Wanita OKU buktikan boleh urus bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AZURIN (dua dari kiri) sentiasa ceria melayan pelanggan yang datang ke kedai kek dan roti miliknya di Sri Stulang, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Kesukaran hidup kesan penularan pandamik Covid-19 tidak menghalang seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan ber­asaskan makanan.

Nur Azurin Hussin, 29, yang berasal dari Sabah berkata, dia berjaya membuktikan bahawa cacat pendengaran dan bisu tidak menjejaskan impiannya untuk mengusahakan premis Kak Ngah Bakery & Cafe yang terletak di Sri Stulang.

Menurut rakannya, Aliah Sakinah Bani Amin, 30, Nur Azurin yang lebih mesra dengan panggilan Awin merupakan bekas pelajar dari Sekolah Menengah Vokasional Pendidikan Khas Indahpura dan mengambil jurusan pereka grafik.

“Selepas habis belajar, dia te­lah bekerja di sebuah kedai kek di Skudai selama tiga tahun.

“Dari situ Awin melihat cara-cara membuat kek dan roti. Dia belajar sehingga mahir dalam tempoh yang singkat,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, setelah berhenti kerja, Awin tekad untuk membuka kedai kek dan roti sendiri.

Dengan bantuan daripada Yayasan Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, impian wanita itu untuk membuka sebuah kedai kek menjadi kenyataan.

“Semua pekerja di sini adalah cacat pendengaran dan bisu ke­cuali saya. Proses pembuatan roti dan kek juga dibuat sendiri oleh Awin dengan dibantu oleh dua orang pekerja,’’ ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI