PUTRAJAYA – Seorang wanita warga Indonesia yang diperdaya ejen dan menjadi buruh paksa sejak 2017, berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa di Taiping, Perak pada Jumaat lalu.
Kementerian Sumber Manusia berkata, ia susulan aduan dan maklumat kes yang diterima daripada pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur dua hari sebelum itu.
“Hasil risikan yang dibuat selama dua hari bermula 7 Julai lalu, kemudian membawa kepada operasi menyelamat mangsa itu pada 9 Julai,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Usaha itu diketuai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dari ibu pejabat dan Perak dengan kerjasama Pasukan Petugas Khas Majlis Antipemerdagangan Orang, Kementerian Dalam Negeri. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929