fbpx

Wanita 90 tahun dijangkiti dua varian Covid-19 serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Dalam Negeri Belgium, Annelies Verlinden menerima vaksin Covid-19 sebuah pusat vaksinasi di Antwerp pada 12 Jun lalu. - AFP

PARIS – Seorang wanita berusia 90 tahun yang meninggal dunia selepas jatuh sakit akibat Covid-19 telah dijangkiti kedua-dua varian Alpha dan Beta pada masa yang sama, kata kumpulan penyelidik di Belgium hari ini sambil menambah,  fenomena jarang berlaku itu mungkin dipandang ringan.

Wanita  yang tidak menerima pelalian itu  tinggal bersendirian dan menerima penjagaan warga emas secara harian di kediamannya.

Dia positif saringan Covid-19 ketika dimasukkan ke Hospital OLV di bandar Aalst, Belgium setelah beberapa kali terjatuh pada Mac lalu.

Walaupun kandungan oksigen dalam badan pesakit pada awalnya baik, keadaannya merosot dengan cepat dan dia meninggal dunia lima hari kemudian.

Ujian  lanjut mendapati pesakit telah dijangkiti kedua-dua varian Alpha yang berasal dari Britain, dan  Beta yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan.

“Kedua-dua varian ini menular di Belgium ketika itu,” kata ahli biologi molekul,  Anne Vankeerberghen dari Hospital OLV yang mengetuai kajian tersebut.

“Sayangnya  kami tidak tahu bagaimana dia telah dijangkiti,” tambahnya.

Pada Januari lalu, saintis-saintis di Brazil melaporkan mengenai dua pesakit yang dijangkiti dua varian Covid-19  berbeza secara serentak, namun, tetapi kajian itu belum diterbitkan dalam jurnal ilmiah. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI