SUNGAI SIPUT – Polis menafikan dakwaan berlaku kes rompakan bersenjata oleh empat individu dalam kejadian di sebuah rumah di sini seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian dalam klip video berdurasi dua minit dan 22 saat itu dilaporkan berlaku di New Delhi, India.
“Tiada kejadian rompakan bersenjata berlaku di sini seperti mana video yang tular, malah kita juga tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes berkenaan.
“Berdasarkan pemeriksaan, kejadian rompakan itu berlaku di India,” katanya di sini hari ini.
Menurut Mohd. Khaizam, pihaknya telah mengenal pasti individu yang memuat naik video berkenaan di laman sosial Facebook dan akan memanggilnya untuk siasatan.
Beliau berkata, video itu bagaimanapun telah dipadamkan oleh individu terbabit dan kes itu akan disiasat mengikut seksyen 505b Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929