fbpx

Uttar Pradesh bakal lancar polisi dua anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman kesesakan lalu lintas ketika sekatan jalan raya akinat sekatan perjalanan Covid-19 di Allahabad pada 21 Jun lalu. - AFP

NEW DELHI – Kerajaan negeri Uttar Pradesh (UP) di India bercadang untuk menguatkuasakan polisi undang-undang dua anak bagi satu keluarga dalam masa terdekat, lapor akhbar Indian Express, kelmarin.

Menerusi satu pengumuman di Laman web UP Suruhanjaya Undang-Undang Negeri (UPSLC), kerajaan sedang berusaha  mengawal, menstabilkan dan menjaga kesejahteraan penduduk di negeri ini dengan menyediakan satu rang undang-undang (RUU) baharu tentang polisi anak.

Penduduk tempatan dialu-alukan untuk menambah atau membaik pulih draf RUU tersebut sehingga tarikh akhir pada 19 Julai ini.

Antara faedah bagi penjawat awam yang mempraktikkan polisi dua anak ini adalah mendapat dua kenaikan pangkat tambahan sepanjang perkhidmatan, tanggungan kos bersalin, cuti paterniti (ayah) selama 12 bulan dengan gaji penuh.

Satu Dana Penduduk Negeri akan dibentuk bagi memudahkan pelaksanaan akta tersebut.

Sementara itu, sesiapa yang melanggar dasar dua anak di UP akan dilarang bertanding dalam pemilihan badan-badan lokal, memohon atau mendapat kenaikan pangkat dalam pekerjaan pemerintah dan menerima segala bentuk subsidi pemerintah.

Menyenaraikan tanggungjawab pemerintah dalam hal ini, draf RUU mengatakan bahawa lebih banyak pusat bersalin akan didirikan di setiap pusat kesihatan primer.

Badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) akan ditugaskan menyebarkan pil kontraseptif, kondom dan menyebarkan kesedaran mengenai kaedah perancang keluarga melalui pekerja kesihatan masyarakat.

Mereka juga akan memastikan pendaftaran kehamilan, kelahiran, kelahiran dan kematian secara mandatori di negeri ini.

“Di Uttar Pradesh, kita memiliki sumber daya ekologi dan ekonomi yang terbatas. Maka tindakan mengawal dan menstabilkan taraf hidup penduduk sedai ada sangat perlu bagi mempromosikan pembangunan lestari,” tulis draf RUU tersebut.

Uttar Pradesh memiliki populasi 240 juta orang yang menjadikannya negeri keempat paling ramai di India dan mempunyai majoriti penduduk Muslim yang berasal dari Bangladesh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI