fbpx

Tindakan Rita Rudaini menjentik hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA dan anak sulung, Airit.

BARU-BARU ini pelakon Rita Rudaini ada berkongsi momen-momen indah kehadiran anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin dari kecil sehinggalah sekarang sempena sambutan hari lahir yang ke-12 tahun.

Dalam video itu juga, Rita turut berkongsi momennya bersama Airit ketika masih menjadi isteri kepada bintang bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak.

Diva bukan nak kata isu Rita masih tidak ‘move on’ atau apa, tapi Diva rasa kagum melihat kecekalannya membesarkan anak-anak seorang diri.

Bukan setakat Diva, pengikutnya dalam Instagram pun cakap perkara yang sama, malah terharu melihat kasih sayang pelakon itu.

Rata-rata menganggap Rita sebagai seorang wanita yang kuat serta ibu yang penyayang. Walaupun sudah berpisah dengan bekas suami, namun Rita selalu ajar anak-anaknya supaya tidak melupakan si bapa.

Ramai juga yang mendoakan supaya Airit membesar dengan baik dan tidak melupakan jasa dan pengorbanan ibunya suatu hari nanti.

DIVA: Tumpang bangga dengan keprihatinan golongan selebriti seperti Sharnaaz, Zizan, Umie Aida, Abby Abadi, Syafie Naswip dan Zara Zya dalam membantu golongan terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI