PETALING JAYA – Ramai yang menarik nafas lega apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mempercepatkan tarikh permohonan pengeluaran i-Citra bermula esok.
Pengumuman terbaharu KWSP itu nyata mengembirakan ramai pihak dan mereka amat berterima kasih kepada agensi itu kerana telah mempercepatkan tarikh permohonan yang dijadualkan pada 15 Julai depan.
Tinjauan Kosmo! di laman Facebook KWSP mendapati rata-rata pengguna media sosial memuji pendekatan yang telah dibuat agensi itu dan berharap agar segala urusan secara dalam talian berjalan lancar.
“KWSP u are the best, biarlah yang nak mengata u, setakat ini semua urusan sangat senang dan pantas. Ikut online memang best dan lagi efisen,” tulis Skobok Skoby.
“Harap web tidak ‘jem’ seperti isi permohonan dapatkan vaksin sebelum ini, moga web KWSP sudah bersedia ‘diserang’ esok,” tulis Manja Man.
Pada masa sama, orang ramai turut berharap agar nilai pengeluaran dinaikkan lagi sehingga ke paras RM10,000.
“Terima kasih kerana percepatkan urusan. Kalau dapat pengeluaran 10K lagi baik,” tulis Syahriany Tengku Syahril.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan)
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929