fbpx

Romantiknya reviu Emma, suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMMA dan suaminya, Syazli.

DENGAR cerita ramai yang makan hati melihat aksi mesra dan romantik pelakon Emma Maembong dibelai suaminya dalam Instagram.

Bukan setakat membelai, siap cium pipi lagi tau! Nasib baik dah jadi yang halal. Jadi tidak mengapalah.

Adegan romantis itu berlaku ketika Emma mempromosikan sebuah produk yang turut disertai suaminya yang kacak, Shazli Azhar.

Dalam satu adegan, bukan main melekat pula gula kat mata Diva melihat aksi kedua-dua mereka. Bukan cemburu tetapi terkesima tengok betapa romantik dan sangat spontan pula nampaknya aksi Shazli, tak nampak macam disuruh-suruh.

Rata-rata peminat pelakon tersebut dalam Instagram turut berkongsi rasa gembira melihat kemesraan kedua-dua pasangan itu.

Ramai juga yang cemburu. Maklumlah sebelum berkahwin, Emma menjadi antara pelakon wanita yang didambakan ramai lelaki.

Apa-apa pun, Diva doakan semoga Emma dan suami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

DIVA: Semoga salah seorang anggota kumpulan Floor 88 iaitu Amir cepat sembuh selepas dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI