LONDON – Ratusan warga Britain mendakwa pernah melakukan hubungan seksual dengan makhluk asing menerusi satu tinjauan terbaharu, lapor akhbar Daily Star semalam.
Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai penduduk England mendakwa pernah berjumpa secara dekat dengan makhluk asing.
Manakala hampir 300 individu di Britain membuat pengakuan pernah melakukan hubungan seksual dengan makhluk aneh itu.
Kebanyakan daripada mereka yang membuat pengakuan itu adalah daripada Norwich yang merupakan kawasan yang sering dikunjungi objek terbang tidak dikenali (UFO).
David Abrams dari BuzzBingo.com yang menjalankan tinjauan tersebut berkata keputusan undian tersebut amat mengejutkannya.
“Kami terkejut apabila mendapati ramai mendakwa pernah melakukan hubungan seksual dengan makhluk asing terutamanya mereka yang berasal dari Norwich dan Bristol.
“Pasti ada sesuatu tentang lokasi-lokasi tersebut yang menyebabkan dakwaan aktiviti seksual bersama makhluk asing adalah lebih kerap berbanding kawasan lain di Britain,” katanya.
Bulan lalu, Daily Star turut melaporkan kisah seorang wanita, Abbie Bela yang menemui cinta dengan makhluk asing selepas berputus asa mencari kekasih secara online. -Agensi