fbpx

Penternak ayam rugi RM60,000 akibat PPKM Darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penternak terpaksa membuang ratusan ayam setiap hari akibat sekatan aktiviti ekonomi. -Suara.com / Citra Ningsih

JAKARTA – Kegiatan ekonomi yang tersekat akibat pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat di Indonesia memberi impak kepada penternak ayam apabila ratusan ayam ternakan mati setiap hari, lapor laman berita Suara.com semalam.

Penternak ayam di Desa Kebondalem, Kecamatan Bawang di Jawa Tengah mengalami kerugian sehingga ratusan juta rupiah kerana tempoh matang ayam ternakan yang terlalu lama.

Seorang penternak, Tulus Hidayat berkata perkara itu menyebabkan 400 ekor ayam ternakannya mati dalam sehari.

“Kematian meningkat empat kali ganda dan jika diikutkan, biasanya hanya 80 ekor ayam akan mati sehari,” katanya.

Jelas Tulus, tempoh matang ayam adalah antara 35 hingga 37 hari namun sehingga kini, terdapat 35,000 ekor ayam yang masih belum mencapai tempoh matang.

“Tempoh matang normal ialah 35 hingga 37 hari dan pada hari ke 40, ia sudah mula dibersihkan. Kini, sudah hari ke-45 dan kandang ayam menjadi terlebih muatan lalu mengakibatkan semakin banyak ayam yang mati,” katanya.

Keadaan tersebut menyebabkan dia menanggung kerugian berjumlah 200 juta rupiah (RM57,850) bagi satu kitaran. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI