fbpx

Pengerusi koperasi didakwa kes rasuah RM16 juta esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Seorang pengerusi anggota lembaga pengarah sebuah koperasi hartanah bergelar Datuk dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini esok membabitkan kes rasuah lebih RM16 juta.

Menurut sumber, suspek didakwa menerima sogokan itu daripada seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Tan Sri melalui syarikat miliknya.

Jelasnya, sogokan itu sebagai balasan melantik syarikat pemaju tersebut untuk projek usahasama yang dijalankan di tanah-tanah milik koperasi bagi tujuan pembangunan.

Suspek akan menghadapi lebih 160 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613].

Difahamkan, penahanan Datuk itu merupakan hasil siasatan dan operasi yang dijalankan SPRM sejak Ogos tahun lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI