fbpx

Lori tenggelam, pemandu dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori tenggelam di dalam longkang besar di Kilometer 137 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terperangkap di dalam lori dipandunya yang terbabas ke dalam longkang besar di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer 137 dekat Perai di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.34 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi kejadian, didapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori yang terbabas ke dalam longkang besar dan membabitkan dua mangsa lelaki iaitu pemandu dan kelindan lori.

“Kelindan berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu masih berada didalam lori tersebut dan dikhuatiri telah lemas,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Butterworth melakukan kerja-kerja penyelamatan dan pencarian di sepanjang longkang tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI