fbpx

Lelaki Orang Asli terperangkap dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam longkang setelah motosikalnya terbabas di Jalan Proton City, Bandar Proton City, Tanjung Malam.

TANJUNG MALIM – Malang menimpa seorang lelaki Orang Asli apabila terperangkap di dalam longkang setelah motosikal jenis Honda Wave 125 ditunggangnya terbabas di Jalan Proton City, Bandar Proton City di sini.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.06 malam berhubung kejadian itu daripada orang awam.

Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dihantar ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa.

“Semasa bomba tiba, lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun ditemui dalam keadaan tubuhnya terlungkup di dalam parit di tepi jalan manakala motosikalnya ada tidak jauh dari situ.

“Tindakan menyelamat telah dilakukan dengan mengangkat mangsa naik untuk mengeluarkannya sebelum diserahkan kepada petugas kesihatan bagi tindakan selanjutnya,” ujar jurucakap tersebut.

Operasi yang diketuai PBK II Nasir Ibrahim itu tamat sepenuhnya pada pukul 7.30 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI