fbpx

Lebih 1,900 terima manfaat dari Tabung WTP TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk sekitar pejabat TNB Kluang, Johor berbaris bagi mendapatkan bantuan makanan yang disumbangkan warga kerja TNB Kluang menerusi projek Gerobok Rezeki.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membantu lebih 1,900 orang di seluruh Semenanjung termasuk fakir miskin, asnaf, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) warga emas serta mereka yang kehilangan sumber pendapatan menerusi Tabung Warga TNB Prihatin (WTP).

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sumbangan bernilai lebih RM1.13 juta itu adalah hasil daripada kutipan WTP yang sehingga kini telah mencecah RM1.57 juta selepas dilancarkan pada 9 Jun lalu.

Beliau berkata, selain sumbangan itu, TNB juga telah menyalurkan bantuan kepada lebih 10,000 penerima daripada golongan B40 menerusi peruntukan sejumlah hampir RM9.5 juta bagi membiayai pembinaan semula dan membaiki rumah, mengagih barangan keperluan asas serta wang saku pada awal tahun ini.

“Usaha murni warga kerja kami ini mencerminkan pengertian mendalam aspek nilai keprihatinan TNB dan menyokong program tanggungjawab syarikat bagi membantu komuniti sekitar.

“Semangat berkongsi rezeki ini juga diperlukan dari semua pihak dalam suasana wabak korona yang masih belum reda kerana semakin ramai yang memerlukan bantuan akibat pandemik Covid-19 yang berterusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mahdzir berkata, beliau yakin sumbangan itu cukup memberi makna kepada penerima dan berharap agar ia menjadi titik tolak untuk lebih ramai lagi turut serta menghulurkan bantuan yang
serupa.

Tambah beliau, selain syarikat, warga kerja TNB menerusi pelbagai cawangan persatuan dan kelab dalam TNB turut memberikan sumbangan kepada komuniti serta masyarakat yang memerlukan.

“Sebagai contoh, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam TNB, Persatuan Wanita TNB (Pelitawanis TNB) dan Kelab Kilat TNB telah menyerahkan bungkusan makanan bernilai lebih RM320,000 sehingga kini.

“Pada peringkat cawangan pula, warga kerja TNB Kluang, Johor telah menyalurkan kira-kira 376 bungkusan barangan keperluan menerusi projek Gerobok Rezeki Staf TNB Kluang,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI