fbpx

Kucing leka makan durian dalam rakaman PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi lucu seekor kucing yang bernama Simba yang leka menikmati buah durian ketika tuannya sedang mengikuti PdPR baru-baru ini.

PETALING JAYA – Klip video memaparkan seorang murid bercerita mengenai kucingnya yang dilihat leka makan durian semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mencuit hati ramai sehingga tular di laman Facebook sejak semalam.

Video berdurasi 49 saat yang dimuat naik pemilik akaun bernama Siti Nurjanah di Kumpulan Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari ini berkenaan mendapat lebih 8,00 tanda suka dan dikongsi lebih 1,500 kali oleh pengguna media itu.

Lebih menghiburkan, ketika murid berkenaan sedang fokus membaca buku, kucing yang sudah kekenyangan itu tertidur di hadapan tuannya sebelum sempat murid itu menghabiskan rakaman videonya.

Rata-rata pengguna Facebook terhibur melihat aksi kucing bernama Simba itu kelihatan selamba makan durian serta murid lelaki berkenaan yang kelihatan bersungguh-sungguh memberi penerangan mengenai kucing.

“Beria-ia sahaja tuannya bercerita mengenai kucing adalah haiwan karnivor yang makan haiwan lain seperti tikus dan ikan. Tapi depan matanya sendiri kucing dia sedang makan durian,” seloroh pengguna bernama Aidil Hidayat.

“Sebab ini lah dulu semasa sekolah rendah saya selalu bergaduh dengan cikgu subjek Sains. Saya tak puas hati cikgu kata kucing adalah karnivor, saya pula kata omnivor. Kucing peliharaan ibu saya makan sayur dan nasi,” balas Animarlina Abd Maulop berkongsi pengalaman.

“Kalau saya jadi cikgu kepada pelajar ini, saya bagi A kepada dia. Contoh yang nyata, tidak menipu. Betul-betul kucingnya makan durian,” gurau Dahlia Ali.

“Saya tabik pada kucingnya. Betul-betul bagi kerjasama membuktikan yang ia suka makan durian. Kucing ini mesti dapat bayaran yang tinggi,” seloroh Afiqah Najib di ruangan komen. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI