fbpx

Kera dan lotong Bukit Malawati ‘hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharif menunjukkan papan tanda berhubung panduan kepada orang ramai untuk tidak memberi makanan kepada kera liar dan lotong di Bukit Malawati Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Bukit Malawati yang terkenal dengan kera dan lotong yang jinak sebelum ini didapati ‘hilang seri’ selepas ketiadaan haiwan tersebut sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 .

Menurut aktivis sejarah Kuala Selangor, Sharif Ramli, 57, kebiasaannya berpuluh ekor kera dan lotong berkeliaran di beberapa lokasi di atas bukit tersebut.

Katanya, penutupan sektor pelancongan ketika ini turut menyebabkan haiwan itu kehilangan sumber makanan seperti kacang panjang dan roti.

“Tambahan pula, difahamkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia sebelum ini melarang orang ramai memberi makanan kepada kera di Taman Alam Kuala Selangor.

“Amalan itu dikatakan dibimbangi menyebabkan populasinya bertambah dengan cepat sehingga melampaui jumlah makanan semula jadi di habitat,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sharif berkata, lokasi Taman Alam Kuala Selangor tidak jauh dari Bukit Malawati dengan berkemungkinan sebahagian kera dan lutung itu berasal dari habitat di lokasi tersebut. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI