fbpx

Jumlah Orang Asli bersetuju terima vaksin meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman (dua dari kiri) bertanya khabar wanita Orang Asli yang menunggu giliran untuk suntikan vaksin di Kuala Betis, Gua Musang.

GUA MUSANG – Jumlah masyarakat Orang Asli di negara ini yang bersetuju untuk menerima suntikan vaksin semakin meningkat apabila seramai 38,732 orang daripada mereka sudah dikenal pasti.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, peningkatan itu dianggarkan kira-kira 40 peratus iaitu 32,000 orang apabila hanya 6,000 individu Orang Asli yang bersetuju menerima vaksin dua bulan lalu.

Katanya, peningkatan jumlah itu susulan pelbagai kempen yang dilakukan oleh agensi kementerian itu termasuklah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang bertujuan menggalakkan komuniti itu mendaftar sebagai penerima vaksin.

“15,366 komuniti Orang Asli sudah menerima suntikan vaksin dan baki selebihnya akan menerima secara berperingkat dalam masa terdekat ini.

“Berdasarkan jumlah itu, ia menunjukkan kempen yang dijalankan sudah berjaya. Cuma, terdapat pula masalah apabila dos vaksin pula tidak mencukupi menyebabkan mereka terpaksa menunggu” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi Covid-19 Komuniti Orang Asli di Kuala Betis di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, sebanyak 30 buah bas akan digunakan untuk proses suntikan vaksinasi penduduk luar bandar dengan kadar suntikan 1,000 penduduk sehari selepas ini.

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI