PETALING JAYA – Haiwan pun faham apa itu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Itu antara komen orang ramai apabila menonton sebuah klip video ‘cubaan’ rentas sempadan oleh sekumpulan khinzir.
Klip video yang dikongsi di laman Facebook Sukan Star TV itu memaparkan cubaan sekumpulan haiwan terbabit untuk cuba melalui sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
Difahamkan, SJR tersebut diadakan bagi menghalang pergerakan orang ramai di sebuah kawasan PKPD.
Bagaimanapun, ‘hasrat’ sekumpulan haiwan dianggarkan 11 ekor itu gagal, apabila bila berkuasa telah memberi amaran supaya mereka ‘berpatah’ balik kerana di situ adalah kawasan PKPD.
Menariknya, haiwan tersebut memahami arahan oleh pihak berkuasa dan kesemua ‘mereka’ seolah-olah akur dan terpaksa berpatah balik.
Susulan penularan video itu, rata-rata orang ramai bersetuju dengan tindakan haiwan itu dan mereka menyifatkan haiwan itu lagi memahami daripada sesetengah manusia yang suka dan sengaja melanggar arahan pihak berkuasa.
“Bagus dia, pandai ‘uturn’ balik, takde pulak nak rempuh tumbuk polis tu,” kata Habriez Abdullah pada ruangan komen.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Wan Mohd Zulkir.
“Kalau ada surat miti mesti lepas, ni suka-suka je nak rentas, orang lain pun nak juga,” katanya.
Pada masa sama, orang ramai juga turut menyifatkan haiwan juga tahu dan rindu pada keluarga yang sudah lama tidak jumpa seperti komen yang ditinggalkan Tenim Albaro.
“Kesian, haiwan pun nak jumpa keluarga jauh,” katanya.-K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929