fbpx

DSP, ASP terima rasuah tauke dadah boleh digantung tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah (kanan) bertanya sesuatu kepada pemandu kereta yang melalui kawasan laluan masuk PKPD Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa hari ini.

KOTA BHARU – Polis Kelantan akan menggantung tugas dua pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) dan Asisten Superintendan (ASP) sekiranya mereka didapati bersalah dan terlibat kes menerima rasuah sebanyak RM200,000 daripada pasangan suami isteri pengedar dadah baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, sebelum ini, kedua-dua pegawai terbabit ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sini.

Katanya, selepas ditahan, kedua-dua suspek yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah menerima perintah reman dari Mahkamah Majistret Kota Bharu bermula semalam dan kelmarin.

“Kita akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan lebih terperinci terhadap dua pegawai terbabit.

“Polis juga sedang menunggu laporan lengkap daripada SPRM sebelum mengambil tindakan terhadap dua pegawai terbabit,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI